Combination Herba Danshen Dan B-Cleansing Terbaik Untuk Stroke
Angin ahmar ataupun dalam istilah perubatannya iaitu stroke merupakan kelumpuhan saraf yang berlaku disebabkan kekurangan oksigen yang dibawa ke bahagian otak.
Dalam stroke, ia mesti melibatkan sama
ada sumbatan dalam saluran darah ataupun salur darah otak pecah
menyebabkan darah tidak boleh pergi ke bahagian otak yang seterusnya
menyebabkan stroke.
1. Istilah Perubatan
Angin Amar/ Stroke : ialah masalah kesihatan yang diakibatkan oleh salur darah tersumbat dan bekalan darah ke sebahagian otak diganggu. Bahagian otak tersebut tidak lagi menerima oksigen yang mencukupi dan oleh itu, sel-sel
otak akan rosak atau mati, dan mengakibatkan bahagian badan yang
dikuasai oleh bahagian otak itu tidak berfungsi. Angin ahmar ialah
kecederaan saraf yang serius dan gejalanya ialah kehilangan fungsi saraf secara tiba-tiba.
2.Pengenalan
4.Antara Cara Bagi Mengelak Serangan Stroke:
Stroke (angin ahmar) mempunyai pelbagai
simptom seperti anggota badan menjadi lumpuh ataupun lemah, mata menjadi
kabur sehinggalah pengsan. Akan tetapi kebanyakkan daripada pesakit
akan mengadu lumpuh anggota badan(hemiparalysis) ataupun lemah anggota
badan(hemiparesis).
Stroke (angin ahmar) boleh dibahagikan kepada 2 jenis iaitu:
Haemorrhagic stroke(Strok berdarah). Disebabkan salur darah yang pecah dibahagian otak
Ischemic stroke (Stroke iskemik). Disebabkan salur darah tersumbat.
3. Tahukah Kita Bahawa 80% Daripada Serangan Stroke Dapat Dicegah?
Serangan strok dapat dicegah sekiranya
setiap orang mengambil langkah bagi mengelak penyakit ini daripada
berlaku. Usah sekali-kali menyangka bahawa kita tidak berisiko diserang
strok. Sesiapa sahaja mungkin diserang strok tanpa mengira sama ada kita
lelaki ataupun perempuan, muda ataupun tua, apa jua etnik kita.4.Antara Cara Bagi Mengelak Serangan Stroke:
- Kekalkan berat badan yang sihat.
- Diet sihat dan seimbang.
- Penghidap kencing manis perlu mengawal pengambilan gula secara optimum.
- Dapatkan pemeriksaan bagi degupan jantung yang tidak normal.
- Bersenam dan kekalkan gaya hidup aktif.
- Elak atau kurangkan pengambilan alkohol.
- Kawal tekanan darah sekiranya tekanan darah tinggi
- Berhenti merokok kerana perokok lagi terdedah kepada risiko serangan stroke dua kali ganda berbanding bukan perokok.
5. Punca Stroke (Angin Ahmar)
Punca kepada angin ahmar boleh dibahagikan kepada 2 bergantung kepada jenis strok.
Punca Ischemic stroke (angin ahmar)
Ischemic stroke (angin ahmar) merujuk
kepada sumbatan yang berlaku di dalam salur darah di otak yang
menyebabkan kurangnya oksigen pergi ke bahagian yang terlibat. Ini akan
mengganggu fungsi otak dan menyebabkan sebahagian badan hilang fungsi
pergerakan dan lumpuh.
Oleh itu, ischemic stroke bergantung kepada masalah yang menyebabkan salur darah tersumbat
1. Atherosclerosis
Atherosclerosis merupakan penebalan pada
bahagian dinding salur darah disebabkan enapan kolestrol pada dinding
tersebut. Ketika dinding terlalu tebal, ia akan membentuk
benjolan(Cholestrol plug) di dalam salur darah dan ia sangat rapuh.
Benjolan tersebut akan mengganggu aliran
darah dan menyebabkan tekana pada bahagian benjolan tersebut semakin
meningkat. Sampai suatu ketika benjolan tersebut akan pecah dan
mendedahkan bahagian dalam dinding.
Bahagian dalam dinding mengandungi
faktor yang akan memulakan pembekuan darah. Ini akan menyebabkan darah
membeku dibahagian tersebut sehingga berlaku sumbatan pada aliran darah.
Pada ketika itu, bekalan oksigen akan
berkurangan dan menyebabkan sel otak tidak dapat berfungsi dan mati.
Inilah yang menyebabkan kelumpuhan pada tubuh badan disebabkan stroke
(angin ahmar)
2. Embolic stroke (angin ahmar)
Terdapat juga punca lain yang
menyebabkan ischemic stroke (angin ahmar). Ia boleh disebabkan jantung
tidak berdenyut mengikut ritma yang normal. Contoh masalah jantung
tersebut adalah antrial fibrillation. Dimana bahagian atas jantung tidak
dapat berdenyut dengan normal menyebabkan darah tidak dipam sepenuhnya
ke bahagian bawah jantung.
Darah yang berada dalam keadaan statik
ini akan menyebabkan ia membeku dengan sendirinya. Apabila darah ini
menjadi gumpalan, ia boleh dipam daripada jantung ke bahagian otak.
Gumpalan darah inilah yang akan menyekat dan menyumbat saluran darah di otak menyebabkan angin ahmar berlaku
angin ahmarSekatan darah beku yang disebabkan emboli
Punca haemorhagic stroke (angin ahmar)
Haermorrhagic stroke (angin ahmar)
merujuk kepada angin ahmar yang berlaku disebabkan pecahnya saluran
darah pada bahagian otak menyebabkan berlakunya pendarahan di kawasan
tersebut. Ia akan menyebabkan bahagian otak selepas salur darah itu
kekurangan bekalan oksigen yang membawa kepada kematian sel.
Pesakit akan lumpuh disebabkan fungsi otak untuk menggerakkan tubuh telah terganggu.
1. Tekanan darah tinggi
Pesakit yang mempunyai tekanan darah
tinggi mempunyai risiko yang tinggi untuk mengalami masalah ini. Ini
kerana apabila tekanan darah tiba-tiba menjadi tinggi, ia akan
menyebabkan tekanan pada bahagian dinding saluran darah meningkat.
Apabila dinding tersebut tidak mampu
menampung tekanan itu, ia akan pecah melepaskan darah di dalam salur
darah ke luar. Pendaharan dalam otak akan berlaku dan menyebabkan
haemorrhagic stroke
2. Aneurysm
Aneurysm adalah benjolan pada salur
darah yang membentuk ruang kosong di dalamnya. Ia terjadi boleh
disebabkan faktor keturunan dan atherosclerosis.
Ia boleh berlaku sejak kecil lagi dan
aneurysm pada otak tersebut dipanggil sebagai berry aneurysm. Ia juga
boleh berlaku ketika besar disebabkan atherosclerosis.
Dalam masalah ini, dinding aneurysm
tersebut adalah lemah berbanding dinding salur darah biasa membuatkan ia
lebih mudah untuk pecah. Sedikit kenaikan dalam tekanan darah akan
membuatkan aneurysm itu pecah.
3. Masalah pembekuan darah
Terdapat beberapa jenis masalah
pembekuan darah yang menyebabkan seseorang yang menghadapi masalah
tersebut mudah untuk mengalami pendarahan pada mana-mana bahagian badan.
Contoh masalah tersebut adalah seperti Hemophilia A dan B, masalah Von
Willibrand dan beberapa jenis masalah pembekuan yang lain.
Jika pendarahan berlaku di dalam otak, ia akan menyebabkan fungsi otak terganggu dan stroke pun berlaku
4. Simptom
Terdapat beberapa simptom yang
menunjukkan seseorang itu mengalami angin ahmar. Ia disebabkan bahagian
otak yang terlibat dengan strok kehilangan fungsinya disebabkan sumbatan
ataupun pendarahan yang berlaku pada bahagian tersebut.
Simptom tersebut adalah:
Lemah ataupun lumpuh anggota badan. Selalunya ia berlaku pada sebelah bahagian badan sahaja.
Kelumpuhan otot muka
Percakapan menjadi telo(tidak mampu bercakap seperti orang normal) ataupun langsung tidak mampu bercakap
Tidak boleh menelan
Ketidakseimbangan badan ketika berjalan.
Sakit Kepala yang kuat
Pengsan
Kelumpuhan pada bahagian muka sebelah kiri disebabkan angin ahmar
5. Diagnosa-diagnosa lain
Terdapat beberapa diagnosa lain yang mungkin akan menunjukkan simptom yang sama. Ianya adalah:
Sawan
Kanser otak
Masalah metabolik seperti kekurangan sodium(hyponatremia) ataupun kekurangan gula(hypoglycemia)
Bell palsy
6. Penyiasatan
Bagi masalah angin ahmar, penyiasatan
boleh dibahagikan kepada 2 bahagian iaitu pengimejan dan pengambilan
sampel darah. Selalunya untuk mengesahkan seseorang itu mengalami
serangan strok, prosedur pengimejan sahaja sudah cukup.
Pengambilan sampel darah pula diperlukan
untuk mengetahui bacaan asas seperti bilangan sel darah, fungsi hati
dan buah pinggang supaya masalah lain boleh dikesan dan rawatan dapat
diberikan secara optimum.
Pengimejan
Penyiasatan yang selalu dilakukan untuk
mengesahkan seseorang itu mengalami masalah angin ahmar adalah dengan
membuat pengimejan CT(Computed Tomography scan) di bahagian otak
Ia akan menunjukkan kawasan mana yang
berlaku strok. Malah ia boleh membezakan sama ada pesakit mengalami
strok iskemik(Ischemic stroke) ataupun stroke berdarah(Haemorrhagic
strok)
CT Scan pesakit yang mengalami strok iskemik. Kelihatan bahagian otak tersebut sedikit gelap disebabkan kematian sel otak
CT-scan bagi pesakit yang mengalami Strok berdarah(haemorrhagic stroke). Warna putih tersebut adalah darah
Sampel darah
Selalunya pengambilan sampel darah
adalah lebih kepada untuk melihat bacaan asas untuk pesakit tersebut
seperti jumlah sel darah, fungsi hati, fungsi buah pinggang, faktor
pembeku darah dan beberapa lagi bacaan yang penting.
Ia juga digunakan untuk menunjukkan
bahawa simptom kelumpuhan yang dialami oleh seseorang itu bukan
disebabkan masalah lain seperti kekurangan gula dalam
darah(hypoglycemia) dan kekurangan unsur sodium dalam
darah(hyponatremia)
7. Rawatan
Rawatan untuk pesakit angin ahmar adalah bergantung kepada jenis strok. Kedua-dua jenis stroke mempunyai rawatan yang berbeza
Stroke Iskemik (Ischemic stroke)
1) Ubat cair darah jenis anti-platlet
Strok iskemik adalah disebabkan
pembekuan darah yang menyebabkan salur darah tersumbat. Oleh itu,
pemberian ubat untuk mengelakkan dariapda pembekuan darah itu daripada
terus berlaku perlulah diberikan kepada pesakit.
Ubat yang selalu diberikan adalah aspirin.
2) Ubat darah tinggi
Pesakit yang mengalami strok selalunya
mempunyai tekanan darah tinggi. Ada perbezaan pendapat dalam menggunakan
ubat tekanan darah untuk rawatan angin ahmar. Ini kerana jika tekanan
darah dikurangkan, bermaksud tekanan pada bahagian yang tersumbat akan
berkurangan.
Ini akan menyebabkan darah lagi tidak mengalir pada bahagian tersebut dan membuatkan strok menjadi semakin teruk.
Akan tetapi jika tekanan darah terlampau
tinggi, pesakit masih akan diberikan ubat tahan sakit kerana tekanan
darah yang terlampau tinggi boleh menyebabkan strok berdarah(pendarahan
dalam otak) disebabkan pecahnya saluran darah.
3) Rehabilitasi
Pesakit stroke iskemik selalunya
mengalami kelumpuhan yang teruk berbanding stroke berdarah. Stroke
berdarah mempunyai kemungkinan yang tinggi untuk menyebabkan kematian.
Tetapi jika ia sembuh, kelumpuhan badan itu mudah untuk sembuh.
Oleh itu, pesakit stroke perlulah
menyertai program rehabilitasi dihospital atau klinik untuk menguatkan
balik otot yang sudah lumpuh sebelum ini.
Stroke Berdarah (haemorrhagic stroke)
1) Rawatan sokongan
Jika pendarahan yang berlaku kecil,
selalunya pesakit akan diberi rawatan sokongan sahaja. Sebagai contoh
jika tekanan darah tinggi, ubat darah tinggi akan diberikan. Jika
pesakit tidak mampu menelan, makanan akan diberikan melalui tiub terus
ke dalam perut.
Ubat cair darah dilarang untuk diberikan kepada pesakit jenis ini kerana ia akan menyebabkan pendarahan menjadi semakin teruk
2) Pembedahan
Jika pendarahan yang berlaku di dalam
otak terlalu besar, pembedahan perlu dibuat untuk mengurangkan tekanan
dalam otak tersebut. Jika tidak, otak bahagian bawah akan dilotak keluar
daripada tengkorak melalui liang pada bahagian bawah tengkorak iaitu
foramen magnum.
Ia akan mengganggu fungsi otak dan mengancam nyawa pesakit.
Pembedahan yang selalu dilakukan adalah
‘decompressive craniectomy’. Ia melibatkan pembukaan sebahagian kecil
tengkorak untuk mengurangkan tekanan di dalam tengkorak.
Bagi kedua-dua jenis stroke (angin
ahmar), pengubahsuaian dalam aktiviti seharian perlu dilakukan untuk
mengurangkan stroke (angin ahmar) terjadi lagi. Ianya melibatkan
Senaman yang selalu
Kawalan tekanan darah
Berhenti merokok
Berhenti meminum alcohol
Rawatan Alternatif Herba
Selain pendekatan di atas rawatan herba
adalah yang lebih mudah dan murah untuk merawat sakit stroke.Produk
keluaran Tasly dari China yang di perbuat dari bahan bahan herba tulen
telah terbukti secara saintifik serta lulus ujian klinikal dari USFDA.
Ramai yang telah kembali pulih dan sihat
seperti sebelumnya .Kandungan herba nya mampu membersihkan sumbatan dan
juga darah beku yang terjadi.
call/whatsapp
>>0183148840-En.Amir
>>0183148840-En.Amir e-mail info:amirjaffar1996@gmail.com


No comments:
Post a Comment